MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid selaras dengan falsafah pendidikan Negara.
VISI SEKOLAH
SK Bintulu akan Cemerlang di peringkat Bahagian Bintulu
MATLAMAT SEKOLAH
Mengadakan perkhidmatan pelajaran yang berkualiti bagi menghasilkan generasi yang berilmu. - Menghasilkan generasi yang bersahsiah dan berbudi pekerti. - Menghasilkan generasi yang sihat emosi dan jasmani. - Menyediakan kemudahan yang selesa dan mencukupi di sekolah.
OBJEKTIF SEKOLAH
Menjelang Tahun 2010, semua murid SK Bintulu mencapai tahap gemilang dalam bidang akademik seperti berikut: - Prestasi UPSR, 95% lulus. - Kualiti UPSR, 100 orang murid memperolehi 5A. - 100% murid boleh membaca, menulis dan mengira. - Semua murid SK. Bintulu mempunyai tahap disiplin, sahsiah dan motivasi yang tinggi. - Semua murid SK. Bintulu berkemampuan menyertai semua kegiatan ko-kurikulum.
PIAGAM PELANGGAN SK. BINTULU
Kami warga SK. Bintulu berazam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti dengan memberikan keutamaan kepada empat kelompok pelanggan kami melalui cara dan tindakan berikut:
a. Murid-Murid Sebagai Pelanggan Utama: -
Menyediakan segala kemudahan yang perlu bagi tujuan P&P pada hari pertama persekolahan. - Menentukan semua jenis pengurusan murid dapat dikendalikan dalam jangka masa paling lewat 2 hari. - Menentukan semua murid yang layak mendapat bantuan- bantuan asas seperti SPBT, KWAMP dan sebagainya dalam masa tidak lewat dari lima hari bekerja.
b. Guru-Guru Dan Kakitangan: -
Memastikan keselamatan, kesihatan, kemudahan rawatan kecemasan dan seumpamanya diperolehi setiap masa. - Memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang adil dan saksama. - Memastikan setiap kakitangan mendapat kemudahan asas yang diperlukan bagi menjalankan tugas masing-masing seminggu sebelum mereka menjalankan tugas. - Memastikan setiap kakitangan mendapat akses kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Jabatan/Kementerian Pelajaran Malaysia. - Memastikan semua urusan perkhidmatan, kebajikan dan keselamatan kakitangan dijaga sepanjang masa.
c. Ibubapa, Masyarakat Setempat Dan Komuniti: -
Memberi layanan dan menguruskan kehendak individu/komuniti dengan mesra dan berkesan dalam masa yang paling minimum. - Menentukan segala urusan rasmi komuniti mendapat respons bertulis daripada pihak sekolah. (dimana yang berkaitan). - Memastikan segala penglibatan positif masyarakat terhadap sekolah mendapat penghargaan daripada pihak sekolah. - Menentukan aduan dan pandangan individu/masyarakat /komuniti mendapat perhatian dan pertimbangan yang rasional daipada pihak sekolah tanpa apa-apa perasaan prejudis.
d. PPDK/PPGB/JPN/KPM (Stakeholders): -
Melayan dengan mesra pegawai-pegawai dari PPGB, JPNS, KPM yang datang melawat sekolah dalam jangka masa yang diperlukan oleh mereka. - Memastikan surat-menyurat atau arahan-arahan dari 'strakeholders' diambil tindakan dengan segera dalam masa yang ditetapkan. - Sentiasa bersedia menerima segala teguran, pandangan, cadangan yang membina dari semua pihak terutamnya dari 'stakeholders'
|